an online Instagram web viewer
  • dapurazryn
    chef in denial
    @dapurazryn

Images by dapurazryn

Salam. Hi. Saya open order untuk esok, Ahad (25 Okt 2015)

Area Delivery: Skudai & Bandar JB
Cas Delivery: RM2
Waktu Delivery: 11.30 am - 2.30 pm
Whatsapp: Azryn 016-3501986

Terima kasih. ☺
Salam. Hi. Saya open order untuk esok, Ahad (25 Okt 2015) Area Delivery: Skudai & Bandar JB Cas Delivery: RM2 Waktu Delivery: 11.30 am - 2.30 pm Whatsapp: Azryn 016-3501986 Terima kasih. ☺
Ayam Masak Ros

Bahan:
1/2 ekor ayam - perap dengan serbuk kunyit & garam
3 camca besar cili kisar
2 camca besar tomato puri
3 camca besar sos cili
2 camca besar sos tomato
2 batang serai - ketuk
1/4 cawan kismis
1/3 cawan susu sejat
Garam & gula
1 cawan air
Hirisan daun sup

Bahan Kisar:
1 biji bawang besar
1 inci halia
3 ulas bawang putih

Bahan Tumis:
1 biji bawang besar - hiris
1 peket rempah tumis

Cara:
Goreng ayam setengah masak. Tos minyak & ketepikan.

Masukkan bahan tumis & masak hingga harum.

Tambah serai, kismis & bahan kisar. Kacau rata & masak hingga wangi. 
Tambah cili kisar, kacau rata, masukkan sos cili, sos tomato & tomato puri. Kacau rata & masak hingga naik minyak. 
Masukkan ayam, gaul rata & tambah air. Kacau rata & masak hingga pekat. 
Tambah susu sejat, perasakan garam & gula, masak hingga pekat. 
Tabur hirisan daun sup & hidang.

P/s sedap dimakan dengan nasi beriyani/nasi minyak dll.

#AyamMasakRos #CadanganMakan #CookingWithAzryn #DapurAzryn #Resepi #Recipes
Ayam Masak Ros Bahan: 1/2 ekor ayam - perap dengan serbuk kunyit & garam 3 camca besar cili kisar 2 camca besar tomato puri 3 camca besar sos cili 2 camca besar sos tomato 2 batang serai - ketuk 1/4 cawan kismis 1/3 cawan susu sejat Garam & gula 1 cawan air Hirisan daun sup Bahan Kisar: 1 biji bawang besar 1 inci halia 3 ulas bawang putih Bahan Tumis: 1 biji bawang besar - hiris 1 peket rempah tumis Cara: Goreng ayam setengah masak. Tos minyak & ketepikan. Masukkan bahan tumis & masak hingga harum. Tambah serai, kismis & bahan kisar. Kacau rata & masak hingga wangi. Tambah cili kisar, kacau rata, masukkan sos cili, sos tomato & tomato puri. Kacau rata & masak hingga naik minyak. Masukkan ayam, gaul rata & tambah air. Kacau rata & masak hingga pekat. Tambah susu sejat, perasakan garam & gula, masak hingga pekat. Tabur hirisan daun sup & hidang. P/s sedap dimakan dengan nasi beriyani/nasi minyak dll. #AyamMasakRos  #CadanganMakan  #CookingWithAzryn  #DapurAzryn  #Resepi  #Recipes 
Mihun Goreng

Bahan:
200 gram mihun - rendam 
10 ekor udang - buang kulit
1 keping tauhu - potong dadu, goreng
1 cekak kucai - kerat pendek
Taugeh
2 camca besar cili kisar/sambal tumis
1 camca besar sos cili
1 camca besar sos tomato
2 biji telur - pukul
2 ulas bawang putih - cincang
4 biji bawang merah - hiris
Sos ikan

Cara:
Tumis bawang putih & bawang merah hingga harum, masukkan cili kisar/sambal tumis, sos cili & sos tomato. Kacau rata.

Tambah udang, masak hingga udang berubah warna.

Masukkan tauhu & gaul rata. Tolak sedikit semua bahan ke tepi kuali, masukkan telur & masak hingga telur kental. Kacau hancur & gaul dengan bahan2 lain. 
Masukkan mihun, gaul rata & masak sehingga mihun lembut. Perasakan sos ikan. Kacau rata.

Masukkan taugeh, gaul rata & tambah kucai. Kacau mesra. Hidang.

P/s kalau tak sos ikan boleh ganti dengan kicap cair. Hidang bersama bawang goreng & hirisan limau.

#MihunGoreng #CadanganMakan #CookingWithAzryn #DapurAzryn #Resepi #Recipes
Mihun Goreng Bahan: 200 gram mihun - rendam 10 ekor udang - buang kulit 1 keping tauhu - potong dadu, goreng 1 cekak kucai - kerat pendek Taugeh 2 camca besar cili kisar/sambal tumis 1 camca besar sos cili 1 camca besar sos tomato 2 biji telur - pukul 2 ulas bawang putih - cincang 4 biji bawang merah - hiris Sos ikan Cara: Tumis bawang putih & bawang merah hingga harum, masukkan cili kisar/sambal tumis, sos cili & sos tomato. Kacau rata. Tambah udang, masak hingga udang berubah warna. Masukkan tauhu & gaul rata. Tolak sedikit semua bahan ke tepi kuali, masukkan telur & masak hingga telur kental. Kacau hancur & gaul dengan bahan2 lain. Masukkan mihun, gaul rata & masak sehingga mihun lembut. Perasakan sos ikan. Kacau rata. Masukkan taugeh, gaul rata & tambah kucai. Kacau mesra. Hidang. P/s kalau tak sos ikan boleh ganti dengan kicap cair. Hidang bersama bawang goreng & hirisan limau. #MihunGoreng  #CadanganMakan  #CookingWithAzryn  #DapurAzryn  #Resepi  #Recipes 
Kari Sardin

Bahan:
1 tin sardin
2 biji kentang - kupas, belah 8
2 camca besar rempah kari ikan - bancuh dengan air
1/3 cawan santan
2 camca besar cili kisar
1 keping asam gelugor
Garam & gula
Air secukupnya

Bahan Tumbuk:
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci kunyit hidup
1 kiub pati ikan bilis

Bahan Tumis:
3 biji bawang merah - hiris
1 ulas bawang putih - hiris
2 tangkai daun kari - lurut
1/4 camca teh jintan kasar
1/4 camca teh biji halba
1/2 camca teh biji sawi

Cara:
Asingkan sardin dari sosnya. Tumis bahan tumis & masak hingga harum, tambah cili kisar & masak hingga cili garing. Masukkan rempah kari ikan, kacau rata & masak hingga naik minyak. Masukkan kentang, gaul rata & tuang sos dari ikan sardin tadi. Tambahkan air, kacau & masak hingga kentang empuk. Masukkan asam gelugor, ikan sardin & kacau perlahan. Masukkan santan & perasakan garam & gula. Biar mendidih & hidang bersama lempeng kucai. ********************** Lempeng Kucai

Bahan:
1 cawan tepung gandum
1 biji telur
3 camca besar santan
1 1/4 cawan air
2 pokok kucai - hiris
Garam

Cara:
Masukkan kesemua bahan di atas kecuali kucai. Kacau rata & tapiskan. (Guna blender lebih senang) masukkan hirisan kucai, kacau rata & rehatkan adunan selama 10 minit. Lenser minyak pada non-stick pan, tuang bancuhan lempeng di tengah2 kuali & biarkan ianya memenuhi kuali. Balik-balikkan hingga lempeng keemasan. Hidang bersama kari sardin.

#KariSardinDanLempengKucai #CadanganMakan #CookingWithAzryn #DapurAzryn #Recipes #Resepi
Kari Sardin Bahan: 1 tin sardin 2 biji kentang - kupas, belah 8 2 camca besar rempah kari ikan - bancuh dengan air 1/3 cawan santan 2 camca besar cili kisar 1 keping asam gelugor Garam & gula Air secukupnya Bahan Tumbuk: 6 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1/2 inci halia 1/2 inci kunyit hidup 1 kiub pati ikan bilis Bahan Tumis: 3 biji bawang merah - hiris 1 ulas bawang putih - hiris 2 tangkai daun kari - lurut 1/4 camca teh jintan kasar 1/4 camca teh biji halba 1/2 camca teh biji sawi Cara: Asingkan sardin dari sosnya. Tumis bahan tumis & masak hingga harum, tambah cili kisar & masak hingga cili garing. Masukkan rempah kari ikan, kacau rata & masak hingga naik minyak. Masukkan kentang, gaul rata & tuang sos dari ikan sardin tadi. Tambahkan air, kacau & masak hingga kentang empuk. Masukkan asam gelugor, ikan sardin & kacau perlahan. Masukkan santan & perasakan garam & gula. Biar mendidih & hidang bersama lempeng kucai. ********************** Lempeng Kucai Bahan: 1 cawan tepung gandum 1 biji telur 3 camca besar santan 1 1/4 cawan air 2 pokok kucai - hiris Garam Cara: Masukkan kesemua bahan di atas kecuali kucai. Kacau rata & tapiskan. (Guna blender lebih senang) masukkan hirisan kucai, kacau rata & rehatkan adunan selama 10 minit. Lenser minyak pada non-stick pan, tuang bancuhan lempeng di tengah2 kuali & biarkan ianya memenuhi kuali. Balik-balikkan hingga lempeng keemasan. Hidang bersama kari sardin. #KariSardinDanLempengKucai  #CadanganMakan  #CookingWithAzryn  #DapurAzryn  #Recipes  #Resepi 
Sambal Udang Petai

Bahan:
500 gram udang - buang kulit
4 papan petai - ambil isi
1 biji bawang besar - hiris
1 keping asam gelugor
1/3 camca kecil serbuk kunyit
2 senduk cili kisar
1 batang serai - ketuk
Garam & gula
1/2 cawan air

Bahan Kisar:
8 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi

Cara:
Tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar, cili kisar & serbuk kunyit. Kacau rata & masak hingga minyak naik. 
Tambah air, kacau rata & biar mendidih.

Masukkan petai, asam gelugor & udang. Kacau rata & masak hingga pekat.

Perasakan garam & gula. Kacau rata & tabur hirisan bawang besar. Biar sekejap & hidang.

#SambalUdangPetai #Resepi #Recipes #CookingWithAzryn #CadanganMakan #DapurAzryn
Sambal Udang Petai Bahan: 500 gram udang - buang kulit 4 papan petai - ambil isi 1 biji bawang besar - hiris 1 keping asam gelugor 1/3 camca kecil serbuk kunyit 2 senduk cili kisar 1 batang serai - ketuk Garam & gula 1/2 cawan air Bahan Kisar: 8 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 5 biji cili padi Cara: Tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar, cili kisar & serbuk kunyit. Kacau rata & masak hingga minyak naik. Tambah air, kacau rata & biar mendidih. Masukkan petai, asam gelugor & udang. Kacau rata & masak hingga pekat. Perasakan garam & gula. Kacau rata & tabur hirisan bawang besar. Biar sekejap & hidang. #SambalUdangPetai  #Resepi  #Recipes  #CookingWithAzryn  #CadanganMakan  #DapurAzryn 
Kailan Goreng Taucu

Bahan:
1 cekak sayur kailan - kerat
2 camca besar taucu
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
1 camca besar sos tiram
Sos ikan
1/3 cawan air

Cara:
Panaskan minyak, masukkan bawang besar, bawang putih, taucu, cili merah & cili hijau. Masak hingga layu. Gaul rata dengan taucu.

Tambah sos tiram & air. Masukkan sayur kailan. Masak hingga sayur lembut. 
Perasakan sos ikan. Kacau rata & hidang.

#KailanGorengTaucu #CadanganMakan
#CookingWithAzryn #DapurAzryn #Recipes #Resepi
Kailan Goreng Taucu Bahan: 1 cekak sayur kailan - kerat 2 camca besar taucu 1 biji bawang besar - hiris 2 ulas bawang putih - hiris 1 biji cili merah - hiris 1 biji cili hijau - hiris 1 camca besar sos tiram Sos ikan 1/3 cawan air Cara: Panaskan minyak, masukkan bawang besar, bawang putih, taucu, cili merah & cili hijau. Masak hingga layu. Gaul rata dengan taucu. Tambah sos tiram & air. Masukkan sayur kailan. Masak hingga sayur lembut. Perasakan sos ikan. Kacau rata & hidang. #KailanGorengTaucu  #CadanganMakan  #CookingWithAzryn  #DapurAzryn  #Recipes  #Resepi 
Udang Lemak Nenas

Bahan:
1 biji nenas madu - potong kecil
12 ekor udang harimau
2 batang serai - ketuk
1 helai daun kunyit - siat
1 keping asam gelugor
1 kotak santan + 2 kotak air
Garam & gula

Bahan Kisar:
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 biji cili merah
7 biji cili api
1/2 inci belacan

Cara:
Masukkan nenas, serai & bahan kisar ke dalam periuk. Kacau rata & masak sekejap.

Tuang santan + air & asam gelugor. Kacau & biar mendidih. 
Tambah udang & masak hingga udang berubah warna.

Masukkan daun kunyit, kacau rata & masak hingga mendidih. 
Perasakan garam & gula. Masak hingga nenas empuk. Hidang.

#UdangLemakNenas #CadanganMakan #CookingWithAzryn #DapurAzryn #Resepi #Recipes
Udang Lemak Nenas Bahan: 1 biji nenas madu - potong kecil 12 ekor udang harimau 2 batang serai - ketuk 1 helai daun kunyit - siat 1 keping asam gelugor 1 kotak santan + 2 kotak air Garam & gula Bahan Kisar: 6 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1 inci kunyit hidup 2 biji cili merah 7 biji cili api 1/2 inci belacan Cara: Masukkan nenas, serai & bahan kisar ke dalam periuk. Kacau rata & masak sekejap. Tuang santan + air & asam gelugor. Kacau & biar mendidih. Tambah udang & masak hingga udang berubah warna. Masukkan daun kunyit, kacau rata & masak hingga mendidih. Perasakan garam & gula. Masak hingga nenas empuk. Hidang. #UdangLemakNenas  #CadanganMakan  #CookingWithAzryn  #DapurAzryn  #Resepi  #Recipes 
Taugeh Tumis Tauhu

Bahan:
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
2 genggam taugeh
2 keping tauhu - potong dadu, goreng
1 cekak daun kucai - kerat pendek
1 biji cili merah - hiris
Garam
1/4 cawan air

Cara:
Tumis bawang besar, bawang putih & cili merah hingga layu. Masukkan taugeh & tuang air. Masak hingga taugeh layu sedikit. Masukkan tauhu goreng. Perasakan garam & tabur daun kucai. Kacau rata & hidang.

#TaugehTumisTauhu #CadanganMakan #CookingWithAzryn #DapurAzryn #Recipes #Resepi
Taugeh Tumis Tauhu Bahan: 1 biji bawang besar - hiris 2 ulas bawang putih - hiris 2 genggam taugeh 2 keping tauhu - potong dadu, goreng 1 cekak daun kucai - kerat pendek 1 biji cili merah - hiris Garam 1/4 cawan air Cara: Tumis bawang besar, bawang putih & cili merah hingga layu. Masukkan taugeh & tuang air. Masak hingga taugeh layu sedikit. Masukkan tauhu goreng. Perasakan garam & tabur daun kucai. Kacau rata & hidang. #TaugehTumisTauhu  #CadanganMakan  #CookingWithAzryn  #DapurAzryn  #Recipes  #Resepi 
Sambal Ikan Kembong

Bahan:
3 ekor ikan kembong besar - bersihkan, gaul dengan garam & serbuk kunyit, goreng
1 biji bawang besar - hiris
1/2 camca teh pes asam jawa + air
1 1/2 senduk cili kisar
Garam & gula
Daun limau purut - hiris halus

Bahan Tumbuk:
5 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1/2 inci halia
1/2 inci belacan

Cara:
Tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan cili kisar & kacau rata. Masak hingga garing & naik minyak.

Masukkan air asam jawa, kacau rata. Biar mendidih. Perasakan garam & gula. 
Masukkan ikan, balik-balikkan ikan hingga sambal merata ke seluruh ikan. Masukkan bawang besar. Kacau rata. Hidang.

#SambalIkanKembong #CadanganMakan #CookingWithAzryn #DapurAzryn #Resepi #Recipes
Sambal Ikan Kembong Bahan: 3 ekor ikan kembong besar - bersihkan, gaul dengan garam & serbuk kunyit, goreng 1 biji bawang besar - hiris 1/2 camca teh pes asam jawa + air 1 1/2 senduk cili kisar Garam & gula Daun limau purut - hiris halus Bahan Tumbuk: 5 biji bawang merah 2 ulas bawang putih 1/2 inci halia 1/2 inci belacan Cara: Tumis bahan tumbuk hingga harum, masukkan cili kisar & kacau rata. Masak hingga garing & naik minyak. Masukkan air asam jawa, kacau rata. Biar mendidih. Perasakan garam & gula. Masukkan ikan, balik-balikkan ikan hingga sambal merata ke seluruh ikan. Masukkan bawang besar. Kacau rata. Hidang. #SambalIkanKembong  #CadanganMakan  #CookingWithAzryn  #DapurAzryn  #Resepi  #Recipes 
Sup Bebola Ikan

Bahan:
4 biji kentang - potong 4
1 batang lobak merah - potong baji
2 keping tauhu - potong kiub
1 sup bunjut
1 kiub pati ayam
1 camca teh lada hitam
Secubit serbuk kunyit
4 biji bawang merah - hiris
2 ulas bawang putih - cincang
1/2 inci halia - ketuk
Garam
Air secukupnya
1 peket rempah tumis
Hirisan daun sup
Hirisan daun bawang
Bawang goreng

Cara:
Tumis rempah tumis, bawang merah, bawang putih & halia hingga harum. Masukkan serbuk kunyit & kacau rata. Masukkan kentang & lobak merah. Kacau rata & masak sekejap.

Tuang air secukupnya. Biar mendidih. Masukkan kiub pati ayam, sup bunjut & bebola ikan. Masak dengan api sederhana hingga kentang & lobak merah empuk. 
Masukkan tauhu & lada hitam. Perasakan garam secukupnya. Masak sekejap.

Tabur hirisan daun sup, daun bawang & bawang goreng. Hidang.

#SupBebolaIkan #CadanganMakan #CookingWithAzryn #DapurAzryn #Recipes #Resepi
Sup Bebola Ikan Bahan: 4 biji kentang - potong 4 1 batang lobak merah - potong baji 2 keping tauhu - potong kiub 1 sup bunjut 1 kiub pati ayam 1 camca teh lada hitam Secubit serbuk kunyit 4 biji bawang merah - hiris 2 ulas bawang putih - cincang 1/2 inci halia - ketuk Garam Air secukupnya 1 peket rempah tumis Hirisan daun sup Hirisan daun bawang Bawang goreng Cara: Tumis rempah tumis, bawang merah, bawang putih & halia hingga harum. Masukkan serbuk kunyit & kacau rata. Masukkan kentang & lobak merah. Kacau rata & masak sekejap. Tuang air secukupnya. Biar mendidih. Masukkan kiub pati ayam, sup bunjut & bebola ikan. Masak dengan api sederhana hingga kentang & lobak merah empuk. Masukkan tauhu & lada hitam. Perasakan garam secukupnya. Masak sekejap. Tabur hirisan daun sup, daun bawang & bawang goreng. Hidang. #SupBebolaIkan  #CadanganMakan  #CookingWithAzryn  #DapurAzryn  #Recipes  #Resepi 
Lokio Tumis Cencalok Sotong

Bahan:
500 gram lokio - hiris
1/3 cawan cencalok sotong
1 camca besar sos tiram
1 biji bawang besar - hiris
4 biji cili hijau - hiris
1 biji cili merah - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
Sos ikan
1/4 cawan air

Cara:
Tumis bawang besar, bawang putih, cili hijau & cili merah hingga layu. Masukkam cencalok sotong, sos tiram dan lokio. Kacau rata & tuang air. Masak hingga lokio lembut. Masukkan sedikit sos ikan, kacau rata & masak sekejap. Hidang.

#LokioTumisCencalokSotong #CadanganMakan #CookingWithAzryn #DapurAzryn #Recipes #Resepi
Lokio Tumis Cencalok Sotong Bahan: 500 gram lokio - hiris 1/3 cawan cencalok sotong 1 camca besar sos tiram 1 biji bawang besar - hiris 4 biji cili hijau - hiris 1 biji cili merah - hiris 2 ulas bawang putih - hiris Sos ikan 1/4 cawan air Cara: Tumis bawang besar, bawang putih, cili hijau & cili merah hingga layu. Masukkam cencalok sotong, sos tiram dan lokio. Kacau rata & tuang air. Masak hingga lokio lembut. Masukkan sedikit sos ikan, kacau rata & masak sekejap. Hidang. #LokioTumisCencalokSotong  #CadanganMakan  #CookingWithAzryn  #DapurAzryn  #Recipes  #Resepi 
Rendang Ayam

Bahan:
1kg ayam - potong biasa/kecil
2 helai daun kunyit - hiris halus
3 helai daun limau purut - hiris
1 keping asam gelugor
1 kiub pati ayam - optional
500 ml pati santan
3 camca besar kerisik
1 camca besar gula melaka
4 camca besar rempah rendang
3 camca besar cili kisar
1 peket rempah tumis
Garam

Bahan kisar:
1 biji bawang besar
8 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
1 inci kunyit
2 batang serai - hiris

Cara:
Satukan rempah rendang dengan bahan kisar hingga rata, ketepikan.

Panaskan minyak, tumis rempah tumis hingga harum, masukkan cili kisar & tumis hingga cili garing. Tambah pes rempah & tumis hingga naik minyak. Guna api kecil & kacau selalu.

Masukkan ayam, gaul rata & biar hingga ayam kecut. Tambah daun limau purut, santan, kerisik & asam gelugor. Gaul rata & masak dengan api sederhana hingga pekat. Masukkan kiub pati ayam (jika guna) & gula melaka. Kacau rata.

Bila rendang hampir kering, perasakan garam secukupnya. Masukkan daun kunyit, kacau rata & masak hingga rendang kering. Hidang bersama ketupat/nasi impit.

#RendangAyam #CadanganMakan #CookingWithAzryn #DapurAzryn #Recipes #Resepi #ResepiSyawal
Rendang Ayam Bahan: 1kg ayam - potong biasa/kecil 2 helai daun kunyit - hiris halus 3 helai daun limau purut - hiris 1 keping asam gelugor 1 kiub pati ayam - optional 500 ml pati santan 3 camca besar kerisik 1 camca besar gula melaka 4 camca besar rempah rendang 3 camca besar cili kisar 1 peket rempah tumis Garam Bahan kisar: 1 biji bawang besar 8 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 1 inci halia 1/2 inci lengkuas 1 inci kunyit 2 batang serai - hiris Cara: Satukan rempah rendang dengan bahan kisar hingga rata, ketepikan. Panaskan minyak, tumis rempah tumis hingga harum, masukkan cili kisar & tumis hingga cili garing. Tambah pes rempah & tumis hingga naik minyak. Guna api kecil & kacau selalu. Masukkan ayam, gaul rata & biar hingga ayam kecut. Tambah daun limau purut, santan, kerisik & asam gelugor. Gaul rata & masak dengan api sederhana hingga pekat. Masukkan kiub pati ayam (jika guna) & gula melaka. Kacau rata. Bila rendang hampir kering, perasakan garam secukupnya. Masukkan daun kunyit, kacau rata & masak hingga rendang kering. Hidang bersama ketupat/nasi impit. #RendangAyam  #CadanganMakan  #CookingWithAzryn  #DapurAzryn  #Recipes  #Resepi  #ResepiSyawal 
Paru Berlado

Bahan:
1kg paru lembu - potong 4 bahagian, cuci *
4 ulas bawang putih - ketuk, tak perlu buang kulit *
1 inci halia - hiris *
2 helai bay leaf *
1 batang serai - ketuk *
Air secukupnya *
1 camca teh serbuk kunyit
1 camca teh garam
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1 camca teh pes asam jawa + air
Garam & gula

Bahan tumbuk:
10 biji cili merah
6 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
4 biji buah keras - hiris

Cara:
Satukan bahan * & rebus hingga paru lembut. Tos & biarkan sejuk. Hiris nipis, gaul dengan serbuk kunyit, garam & lada sulah, goreng paru hingga garing. Tos & ketepikan. 
Panaskan 1/3 cawan minyak masak, tumis bahan tumbuk hingga harum.

Masukkan pes asam jawa + air & kacau rata. Perasakan garam & gula. Masak hingga cili garing.

Tapis cili & curah atas paru yang telah digoreng. Kacau rata & hidang.

#ParuBerlado #CadanganMakan #CookingWithAzryn #DapurAzryn #Recipes #Resepi
Paru Berlado Bahan: 1kg paru lembu - potong 4 bahagian, cuci * 4 ulas bawang putih - ketuk, tak perlu buang kulit * 1 inci halia - hiris * 2 helai bay leaf * 1 batang serai - ketuk * Air secukupnya * 1 camca teh serbuk kunyit 1 camca teh garam 1/2 camca teh serbuk lada sulah 1 camca teh pes asam jawa + air Garam & gula Bahan tumbuk: 10 biji cili merah 6 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 4 biji buah keras - hiris Cara: Satukan bahan * & rebus hingga paru lembut. Tos & biarkan sejuk. Hiris nipis, gaul dengan serbuk kunyit, garam & lada sulah, goreng paru hingga garing. Tos & ketepikan. Panaskan 1/3 cawan minyak masak, tumis bahan tumbuk hingga harum. Masukkan pes asam jawa + air & kacau rata. Perasakan garam & gula. Masak hingga cili garing. Tapis cili & curah atas paru yang telah digoreng. Kacau rata & hidang. #ParuBerlado  #CadanganMakan  #CookingWithAzryn  #DapurAzryn  #Recipes  #Resepi 
Terung Kicap

Bahan:
2 biji terung ungu - potong serong, rendam dengan air garam
1 genggam ikan bilis - rendam, goreng
1 biji bawang besar - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 biji cili merah - hiris
4 camca besar kicap lemak manis
1/4 cawan air
Sedikit lada sulah
Hirisan daun bawang

Cara:
Panaskan 1 camca besar minyak masak, goreng terung hingga kecut, angkat & toskan. Ketepikan.

Tumis hirisan bawang besar & bawang putih hingga harum, masukkan kicap lemak manis & juga air. Kacau rata & biar mendidih. 
Masukkan lada sulah, terung yang telah digoreng & kacau rata. 
Tabur hirisan daun bawang & ikan bilis yang digoreng. Hidang. 
#TerungKicap #CadanganMakan #CookingWithAzryn #DapurAzryn #Recipes #Resepi
Terung Kicap Bahan: 2 biji terung ungu - potong serong, rendam dengan air garam 1 genggam ikan bilis - rendam, goreng 1 biji bawang besar - hiris 2 ulas bawang putih - hiris 1 biji cili merah - hiris 4 camca besar kicap lemak manis 1/4 cawan air Sedikit lada sulah Hirisan daun bawang Cara: Panaskan 1 camca besar minyak masak, goreng terung hingga kecut, angkat & toskan. Ketepikan. Tumis hirisan bawang besar & bawang putih hingga harum, masukkan kicap lemak manis & juga air. Kacau rata & biar mendidih. Masukkan lada sulah, terung yang telah digoreng & kacau rata. Tabur hirisan daun bawang & ikan bilis yang digoreng. Hidang. #TerungKicap  #CadanganMakan  #CookingWithAzryn  #DapurAzryn  #Recipes  #Resepi 
Sambal Kering

Bahan:
2 bungkus tempe - potong dadu, goreng
4 biji kentang - potong dadu, goreng
2 keping tauhu - potong dadu, goreng
2 genggam ikan bilis - rendam, goreng
1 camca teh pes asam jawa + air
1 1/2 senduk cili kisar
2 camca besar gula
Garan

Bahan kisar:
6 biji bawang merah
4 ulas bawang putih
4 biji buah keras

Cara:
Panaskan 1/3 cawan minyak masak, tumis bahan kisar hingga harum. Masukkan cili kisar, kacau & masak hingga cili garing & naik minyak.

Masukkan pes asam jawa + air, perasakan gula & garam. Kacau rata & masak sekejap.

Masukkan bahan2 yang digoreng kecuali ikan bilis. Gaul hingga rata & mesra. Masak hingga kering. 
Masukkan ikan bilis, kacau rata. Hidang.

#SambalKering #CadanganMakan #CookingWithAzryn #DapurAzryn #Recipes #Resepi
Sambal Kering Bahan: 2 bungkus tempe - potong dadu, goreng 4 biji kentang - potong dadu, goreng 2 keping tauhu - potong dadu, goreng 2 genggam ikan bilis - rendam, goreng 1 camca teh pes asam jawa + air 1 1/2 senduk cili kisar 2 camca besar gula Garan Bahan kisar: 6 biji bawang merah 4 ulas bawang putih 4 biji buah keras Cara: Panaskan 1/3 cawan minyak masak, tumis bahan kisar hingga harum. Masukkan cili kisar, kacau & masak hingga cili garing & naik minyak. Masukkan pes asam jawa + air, perasakan gula & garam. Kacau rata & masak sekejap. Masukkan bahan2 yang digoreng kecuali ikan bilis. Gaul hingga rata & mesra. Masak hingga kering. Masukkan ikan bilis, kacau rata. Hidang. #SambalKering  #CadanganMakan  #CookingWithAzryn  #DapurAzryn  #Recipes  #Resepi 
Ayam Tempra

Bahan:
1/2 ekor ayam - potong kecil *
1 camca teh serbuk kunyit *
1 camca teh serbuk lada sulah *
3/4 camca teh garam *
2 biji bawang besar - hiris 
1 biji cili merah - hiris
1 biji cili hijau - hiris
2 ulas bawang putih - hiris
1 inci halia - hiris
1 batang leek - kerat pendek, rendam
1 camca besar cuka makan
2 camca besar kicap pekat
3 camca besar kicap lemak manis
Garam & gula
1/2 camca teh serbuk lada sulah
1 cawan air
Hirisan daun bawang

Cara:
Satukan bahan * & perap 10 minit. Panaskan minyak, goreng ayam yang diperap hingga separuh masak. Angkat, tos, ketepikan. 
Tumis halia & bawang putih hingga harum, masukkan kicap pekat, kicap lemak manis & air. Kacau rata & biar mendidih. 
Masukkan ayam & leek. Kacau rata & masak sehingga pekat. 
Perasakan gula, masukkan cuka makan, bawang besar, cili merah & cili hijau. Kacau rata.

Tambah serbuk lada sulah & masak sekejap. Perasakan garam, kacau rata & tabur hirisan daun bawang. Hidang.

#AyamTempra #CadanganMakan #CookingWithAzryn #DapurAzryn #Recipes #Resepi
Ayam Tempra Bahan: 1/2 ekor ayam - potong kecil * 1 camca teh serbuk kunyit * 1 camca teh serbuk lada sulah * 3/4 camca teh garam * 2 biji bawang besar - hiris 1 biji cili merah - hiris 1 biji cili hijau - hiris 2 ulas bawang putih - hiris 1 inci halia - hiris 1 batang leek - kerat pendek, rendam 1 camca besar cuka makan 2 camca besar kicap pekat 3 camca besar kicap lemak manis Garam & gula 1/2 camca teh serbuk lada sulah 1 cawan air Hirisan daun bawang Cara: Satukan bahan * & perap 10 minit. Panaskan minyak, goreng ayam yang diperap hingga separuh masak. Angkat, tos, ketepikan. Tumis halia & bawang putih hingga harum, masukkan kicap pekat, kicap lemak manis & air. Kacau rata & biar mendidih. Masukkan ayam & leek. Kacau rata & masak sehingga pekat. Perasakan gula, masukkan cuka makan, bawang besar, cili merah & cili hijau. Kacau rata. Tambah serbuk lada sulah & masak sekejap. Perasakan garam, kacau rata & tabur hirisan daun bawang. Hidang. #AyamTempra  #CadanganMakan  #CookingWithAzryn  #DapurAzryn  #Recipes  #Resepi 
Terung Kuah Taucu

Bahan:
2 biji terung - belah 2, hiris serong, rendam dengan air garam selama 5 minit, tos, goreng dengan 1 camca minyak hingga terun lembut, tos minyak, ketepikan.
1 genggam ikan bilis - rendam, goreng
1 camca besar taucu
1 camca besar sos tiram
Garam
1/3 cawan air

Bahan tumbuk:
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1 biji cili merah
1 biji cili hijau

Cara:
Panaskan 2 camca besar minyak masak, tumis bahan tumbuk hingga harum. Masukkan sos tiram & taucu. Kacau rata & masak sekejap. Tuang air, kacau rata & biar mendidih. Perasakan garam, kacau rata. Masukkan terung, gaul rata & tabur ikan bilis goreng tadi. Hidang.

#TerungKuahTaucu #CadanganMakan #CookingWithAzryn #DapurAzryn #Recipes #Resepi
Terung Kuah Taucu Bahan: 2 biji terung - belah 2, hiris serong, rendam dengan air garam selama 5 minit, tos, goreng dengan 1 camca minyak hingga terun lembut, tos minyak, ketepikan. 1 genggam ikan bilis - rendam, goreng 1 camca besar taucu 1 camca besar sos tiram Garam 1/3 cawan air Bahan tumbuk: 1 biji bawang besar 2 ulas bawang putih 1 biji cili merah 1 biji cili hijau Cara: Panaskan 2 camca besar minyak masak, tumis bahan tumbuk hingga harum. Masukkan sos tiram & taucu. Kacau rata & masak sekejap. Tuang air, kacau rata & biar mendidih. Perasakan garam, kacau rata. Masukkan terung, gaul rata & tabur ikan bilis goreng tadi. Hidang. #TerungKuahTaucu  #CadanganMakan  #CookingWithAzryn  #DapurAzryn  #Recipes  #Resepi 
Asam Pedas Ayam Ala Brunei

Bahan:
1 ekor ayam - potong kecil
Rebung secukupnya
3 batang serai - ketuk
1 kiub pati ayam
2 1/2 senduk cili kisar
3/4 camca pes asam jawa + sedikit air
1 cawan santan - sedikit cair
1 camca teh serbuk kunyit
Garam & gula
Air secukupnya

Bahan kisar:
9 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci belacan

Cara:
Panaskan 1/3 cawan minyak masak, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar & masak hingga wangi. Masukkan serbuk kunyit, masak sekejap & tambah cili kisar. Masak hingga cili garing & naik minyak. Masukkan ayam, gaul rata & masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya & masak hingga ayam empuk. Masukkan rebung & kiub pati ayam. Terus memasak hingga ayam lebih empuk. Tambah pes asam jawa + air & santan. Kacau rata, perasakan garam & gula. Biar mendidih. Hidang.

#AsamPedasAyamAlaBrunei #CadanganMakan #CookingWithAzryn #DapurAzryn #Recipes #Resepi
Asam Pedas Ayam Ala Brunei Bahan: 1 ekor ayam - potong kecil Rebung secukupnya 3 batang serai - ketuk 1 kiub pati ayam 2 1/2 senduk cili kisar 3/4 camca pes asam jawa + sedikit air 1 cawan santan - sedikit cair 1 camca teh serbuk kunyit Garam & gula Air secukupnya Bahan kisar: 9 biji bawang merah 3 ulas bawang putih 1 inci halia 1/2 inci belacan Cara: Panaskan 1/3 cawan minyak masak, tumis serai hingga harum, masukkan bahan kisar & masak hingga wangi. Masukkan serbuk kunyit, masak sekejap & tambah cili kisar. Masak hingga cili garing & naik minyak. Masukkan ayam, gaul rata & masak hingga ayam kecut. Tuang air secukupnya & masak hingga ayam empuk. Masukkan rebung & kiub pati ayam. Terus memasak hingga ayam lebih empuk. Tambah pes asam jawa + air & santan. Kacau rata, perasakan garam & gula. Biar mendidih. Hidang. #AsamPedasAyamAlaBrunei  #CadanganMakan  #CookingWithAzryn  #DapurAzryn  #Recipes  #Resepi